Wednesday, February 27, 2008

Gagal serah borang di Kepala Batas, calon PMN diasak polis

KEPALA BATAS, 24 Feb (Hrkh) - Calon penaja Parti Mahasiswa Negara (PMN), Zainul Faqar Yaacob bersama Presiden Penaja PMN, Azlan Zainal dan seorang peguam, Balqis Nor Mohamad dihalang daripada memasuki Dewan Milenium untuk menyerahkan borang bertanding pilihan raya umum ke-12 atas tiket bebas di Parlimen P41 Kepala Batas pagi tadi.

Jelasnya ketika dihubungi, polis bertindak seolah PMN penjenayah kerana diasak dengan soalan serta melakukan empat sekatan sehingga ke pintu masuk Dewan Milenium.

"Sekatan itu menyebabkan kami tidak boleh bertanding sedangkan kami datang awal dan sempat masuk jika sekiranya tidak disekat, " ujarnya.

Menurutnya, sekatan pertama dilakukan polis untuk bertanyakan kesungguhan PMN sehingga menyalahkan kononnya borang tidak ada walhal semua borang ada pada salah seorang daripada kami yang disekat di peringkat pertama.

Pertandingan pilihan raya ke-12 kali ini menyaksikan satu lawan satu di parlimen Kepala Batas antara PAS dan Barisan Nasional (BN).

Parlimen Kepala Batas menyaksikan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ditentang oleh calon PAS, Ustaz Subri Md Arshad.

Sementara Dun Penaga calon PAS, Ustaz Tapiudin Hamzah menentang calon BN, Dato' Azhar Ibrahim. Dun Bertam menyaksikan calon BN, Zabariah ditentang calon KeAdiLan, Noorsiah Md Arshad manakala calon Pinang Tunggal Dato' Roslan Saidin ditentang calon KeAdiLan, Haji Mohamad Hashim. - mks.

2 comments:

aqil mubashshir nuruddin baharudin said...

salam ukuwah..ksmptn buka la blog saya..

MOHD JAMIL said...

salam ustaz..
saya ada 2 soalan..

Di kolej saya ada satu badan dakwah yg dipelori oleh pelajar-pelajar kolej sendiri.Tetapi ada sebilangan ahli badan ini sekitar 10 orang membuat usrah campur lelaki dan perempuan,ustaz di kolej sya pernah menegur mereka, tetapi mereka x trima teguran dan sekrang mereka tidak lagi bersama dengan badan dakwah ini dan masih meneruskan usrah campur mereka(menggunakan dalil Nabi Muhammad menyampaikan dakwah dengan berjumpa secara sulit di rumah Arqam bin Abi Arqam)..selain itu mereka juga mengatakan jemaah mereka itu dibawah kepimpinan pas..1) soalan sya disini bolehkah dibuat usrah campur? ,dimana hampir setiap minggu usrah ini dijalankan..
2) mereka mengatakan jemaah2 lain seperti JIM,ISMA,HALUAN,ABIM dan lain2 adalah tidak betul dan yg betul hanya PAS kerana alasannya jemaah-jemaah ini tidak memperjuangkan islam secara syumul (menyeluruh)..sya tidak berpihak pada mana jemaah x mengatakan PAS itu salah @ atau betul tetapi mereka ini seperti terlalu taksub dengan jemaah..Ustaz tolong saya.



ustaz, kalau ustaz x keberatan sya harap ustaz dapat sertakan bersama rujukan @ bahan, hujah , dalil mengenai soalan sya ini dalam bentuk soft copy..ia adalah supaya sya dapat memahami hal ini dgan lebih arif dan dapat berhadapan /berhujah dgan orng yg saya maksudkan dlam soalan sya itu.. terima kasih.ini email saya uzlah88@yahoo.com